Naazron Abdul Yusof.

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu arahan  daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung tindakan seorang lelaki yang mencederakan pelajar sekolah menengah di Saujana Impian, Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kertas siasatan sudah dihantar ke TPR pada 17 Mac lalu tetapi setakat ini masih belum menerima sebarang arahan lagi.

“Kertas siasatan sudah dilengkapkan dan diserah ke TPR 17 Mac lalu dan ketika ini kita sedang menunggu arahan selanjutnya,” katanya secara ringkas ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan seorang lelaki yang mencederakan pelajar sekolah menengah akibat berselisih faham ketika memandu dalam kejadian di Saujana Impian, Kajang, 14 Mac lalu. – MalaysiaGazette

Khidmat mutawif tampar pelajar sekolah dihentikan serta-merta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast