Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Pemandu yang dikesan memandu secara berbahaya berdepan dengan tindakan penggantungan atau pembatalan lessen, tegas Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Jelasnya, tindakan itu bagi mengelakkan pemandu melakukan kesalahan jalan raya yang berisiko mengundang ancaman nyawa.

“Merujuk kepada insiden syarikat bas ekspres semalam, syarikatnya (Konsortium E-Mutiara Bhd) atau E-Mutiara sudah menggantung tugas pemandunya yang memandu secara berbahaya.

“Sekiranya ada kes sebegitu, kita akan mengarahkan syarikat bas berkenaan menggantung tugas pemandunya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video yang tular di media social memperlihatkan bas milik E-Mutiara memotong deretan kenderaan secara berbahaya di garisan berkembar.

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, baru-baru ini.

Sementara tu, Loke memaklumkan garis panduan berhubung penggunaan soket elektrik tiga pin termasuk pengecas mudah alih USB dalam bas sedang dimuktamadkan.

“Garis panduan itu masih sedang dibuat,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pelancaran sistem pembayaran terbuka untuk Rapid KL On-Demand (DRT) di Depo KL-Rapid di Cheras.

Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast