Aliran trafik sesak dari Tol Gombak menghala ke Pantai Timur berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysiagazette di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Foto HARI ANGGARA, 28 MAC 2025.- Gambar fail.

KUALA LUMPUR – Pertembungan trafik dari Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) menjadi punca kesesakan luar biasa di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) petang ini, kata jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Beliau berkata setakat 5 petang, trafik sesak lebih 40 kilometer bermula dari Karak ke Plaza Tol Bentong serta dari Plaza Tol Karak ke Lentang.

“Trafik sesak susulan kenderaan menghala ke pusat bandar bertambah selepas orang ramai mula bergerak pulang ke kediaman selepas menyambut Aidilfitri,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, trafik turut bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi laluan E1 dan E2.

“Trafik perlahan dari Pedas Linggi ke Port Dickson (U), Kulai ke Sedenak, Jasin ke Ayer Keroh dan Simpang Renggam ke Machap,” katanya.

Akaun rasmi X PLUS Trafik pula memaklumkan berlaku insiden kebakaran van di Lebuhraya PLUS E2 KM191 arah utara dari Jasin ke Ayer Keroh menyebabkan trafik bergerak perlahan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast