Dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan ketika menjalankan tugas di Bayan Baru awal pagi semalam.

Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin mengeluarkan perintah terhadap suspek yang masing-masing berpangkat Lans Koperal dan koperal berusia 28 dan 39 tahun bermula hari ini sehingga 26 April ini.

Terdahulu suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Pulau Pinang dalam keadaan tangan bergari diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga kira-kira pukul 9.50 pagi.

Menurut sumber, kedua-dua mereka dipercayai meminta wang suapan daripada pengadu yang dipercayai terbabit dalam kes dadah di sebuah pangsapuri di kawasan Bayan Baru kira-kira pukul 3 pagi semalam.

Difahamkan, pengadu menyerahkan wang RM1,500 menerusi dua transaksi secara dalam talian sebagai balasan supaya dia tidak dikenakan tindakan selain motosikalnya miliknya turut disita anggota berkenaan.

Kedua-dua suspek masing-masing ditahan di Balai Polis Bayan Baru pada jam 7.35 malam dan 9 malam tadi dan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di sini untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here