KUALA LUMPUR – Seorang peguam Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ lega mendengar kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Datuk Seri Najib Razak tidak berubah jika kembali menjadi perdana menteri.
Kelegaan itu kerana beliau memang berharap Najib tidak berubah.
“Jangan ubah semangat 1 Malaysia, silaturahim antara kaum; Jangan ubah projek-projek 1MDB seperti TRX, Bandar Malaysia yang bakal menjana ratusan billion pendapatan untuk negara dan Jangan ubah polisi membantu rakyat susah seperti BR1M.
“Jangan ubah sistem Cukai GST yang adil dan kurang membebankan seperti SST hari ini; Jangan ubah program yang memudahkan kesusahan rakyat seperti Kedai Rakyat 1M, Pr1MA, PP1AM, Baucar Buku 1M, Klinik 1M dan sebagainya dan Jangan ubah polisi minyak yang bakal “dirasionalisasikan”
“Jangan ubah Laluan ECRL yang menjana ekonomi Pantai Timur Semenanjung dan memudahkan rakyat untuk ulang-alik; Jangan ubah polisi Nadi Bumi Lynas, yang kini pula menjadi tumpuan dunia (Najib was very right); Jangan ubah dasar-dasar yang membenarkan GLC untuk membuat Pelaburan secara strategik, dan berjaya menjana pendapatan dan memberikan peluang pekerjaan;
“Jangan ubah polisi Najib yang tidak selalu menjual aset-aset GLC sekadar untuk menjalankan tugas harian kerajaan; Jangan ubah Lebuhraya Pan-Borneo yang memudahkan rakyat Sabah Sarawak dan Jangan ubah polisi mengundangkan Pelaburan China seperti Proton-Geely yang memulihkan kemegahan Proton yang seketikanya nyawa-nyawa ikan,” katanya yang dikatakan penyokong Najib.
Secara sinis, ‘Apek Cina’ berkata, beliau amat berterima kasih kerana Dr. Mahathir berpendapat Najib tidak berubah.
Kalau Najib berubah, maka mungkin kami ni tak nak sokong beliau lagi.
Semalam, Dr Mahathir mendakwa Datuk Seri Najib Razak akan meneruskan amalan cash is king dan rasuah sekiranya kembali menjadi perdana menteri.
Dr Mahathir mengakui ia sesuatu yang amat ‘membimbangkan’ buat Malaysia jika Najib dilantik semula sebagai perdana menteri.
“Jika Najib Razak boleh menjadi perdana menteri buat kali kedua maka kita tidak sepatutnya terkejut lagi dengan apa-apa yang berlaku dalam dunia politik.
“Apabila seseorang yang pernah menyatakan bahawa cash is king kembali memimpin negara, itu adalah sesuatu yang amat membimbangkan. Amalan memberi duit kepada orang akan terus berlaku,” katanya. – MalaysiaGazette

















kita sokong najib 100 percent