Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati wujud isu kelewatan dan ketidakaturan dalam pengendalian kertas siasatan oleh pegawai penyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semasa menjalankan siasatan ketidakaturan permohonan kad pengenalan melebihi 10 tahun sehingga menyebabkan kelewatan tindakan diambil.

Siasatan ini dijalankan berdasarkan kepada aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

Selain itu, wujud isu kehilangan sijil lahir asal yang telah diimpaun oleh JPN sehingga memberikan kesan terhadap jangka masa yang diambil oleh JPN untuk menyelesaikan siasatan tersebut.

EAIC juga mendapati keperluan penambahbaikan yang perlu diambil perhatian terhadap prosedur operasi standard (SOP) JPN melibatkan isu tempoh masa yang wajar diberikan untuk sesuatu kes yang mustahil untuk disiasat diambil tindakan lanjut.

EAIC yang menerima aduan berhubung kes ini memutuskan untuk merujuk syor hukuman di bawah Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] terhadap pegawai-pegawai JPN tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) JPN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here