KUANTAN – Seorang mekanik maut motosikal dinaiki terbabas dalam kejadian di Jalan Kuantan – Pelabuhan Kuantan berhampiran Kompleks Perumahan TLDM, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi.

“Siasatan mendapati, mangsa merupakan lelaki berusia 56 tahun beralamat di Dungun, Terengganu itu dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kemaman.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal dinaiki tiba-tiba hilang kawalan selepas melalui jalan tidak rata, lalu terbabas jatuh ke arah jalan bertentangan,” katanya dalam kenyataan.

Wan Mohd Zahari berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa bernama Ahmad Setia Salleh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast