Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara mengarahkan tiada tindakan lanjut (NFA) diambil berhubung kertas siasatan kematian Teoh Beng Hock yang berlaku pada 2009.

Katanya, keputusan itu diambil selepas meneliti keseluruhan keterangan dan mendapati tiada bukti yang mencukupi untuk membuktikan apa jua kesalahan terhadap mana-mana individu di bawah undang-undang.

“Jabatan ini telah meneliti dan mengkaji keseluruhan kertas siasatan yang dikemukakan (oleh Polis Diraja Malaysia),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beng Hock ditemui meninggal dunia pada 16 Julai 2009 di bahagian luar koridor Tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor. -MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast