Fahmi Fadzil

JOHOR BAHRU – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fahmi Fadzil lega kerana tiada insiden baling kerusi atau pecah peti undi pada pemilihan PKR 2025 peringkat cabang sebelum ini.

Beliau berkata, dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini suasana agak tegang dalam PKR dan keadaan perlu didamaikan kembali.

“Seminggu dua ni jadi hiruk-pikuk, kita nak damaikan keadaan dan dalam semangat itu (mahu berdamai), saya minta kita semua kerja secara damai. Saya harap kira faham dan amalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Grand Finale Bersama Membina Parti Kita Bersama Nurul Izzah dan Datuk Seri Amirudin Shaari di KSL Hotel di sini hari ini.

Turut hadir dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Amirudin Shari serta Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.

Fahmi berkata, sekiranya Nurul Izzah menang bertanding melawan Rafizi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR pada kali ini, Nurul Izzah akan memikul tanggungjawab besar.

Pada masa sama katanya, hubungan antara ahli parti perlu dirapatkan semula selepas pemilihan kali ini selesai.

“Kita mesti yakinkan mereka, bina jambatan dan usaha rapatkan silaturahim dan kekalkan ukuwah. Ketepikan perbezaan walau apa pun.

“Kita nak jadi satu kekuatan dan ketumbukan kerana dalam tempoh 24 bulan akan ada Pilihan Raya Umum ke-16,” ujarnya.

Tambahnya, semua pihak perlu bergerak ke depan dan dalam tempoh dua bulan ini semua pihak akan kembali bersatu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast