Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial dikenali sebagai CEO Batu telah menyerah diri kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar Mohd Iqbal, 22, itu telah hadir secara sukarela ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam sebelum ditahan dan direman bagi membantu siasatan lanjut, hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan pihaknya telah membuka siasatan berhubung kes berkenaan.

“Ya, kami sudah buka siasatan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/05/23/caprice-dedah-pempengaruh-lakukan-gangguan-seksual-remaja-14-tahun/

Personaliti media sosial, Caprice, dalam beberapa hantaran di Instagram baru-baru ini telah mendedahkan beliau telah dihubungi oleh ibu mangsa yang memohon bantuan.

Ini selepas anaknya didakwa menerima kiriman mesej dan gambar tidak senonoh daripada pempengaruh terbabit.

Turut dikongsi adalah tangkap layar mesej dan gambar yang dihantar oleh lelaki berkenaan, dengan alasan untuk menunjukkan parut pembedahan.

CEO Batu juga didakwa telah menghantar mesej permohonan maaf kepada ibu mangsa dan meluahkan hasrat untuk bertemu secara peribadi bagi menyelesaikan perkara tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast