KUALA LUMPUR – Dunia bola sepak Malaysia kehilangan seorang lagi individu hebat apabila bekas pemain kebangsaan, T. Gopinath Naidu meninggal dunia kerana serangan jantung.
Berita sedih itu diumumkan laman rasmi Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia di sini hari ini.
“Takziah. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang T. Gopinath Naidu atas pemergian bekas pemain kebangsaan, pagi tadi,” tulis FAM di laman media sosial.
Ketika masih bergiat aktif pada era 90an, T. Gopinath Naidu pernah menyarung jersi Kuala Lumpur pada 1992 hingga 1994 dan Perak (1996) dan mewakili negara pada kelayakan Sukan Olimpik 1996.
Antara pencapaiannya adalah memenangi Piala FA bersama skuad The City Boys pada 1993 dan 1994. – MalaysiaGazette
















