Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja menaik taraf sistem semboyan di laluan antara Stesen Kepong dan Stesen Salak Selatan yang dijadualkan pada hari ini
hingga 26 Mei 2025 telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sepanjang tempoh ini, jadual dan perkhidmatan tren KTM Komuter dan ETS akan berjalan seperti biasa.

Penangguhan ini dibuat bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan tren di Lembah Klang sepanjang tempoh Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang sedang berlangsung dari 23 Mei hingga 28 Mei 2025 di Kuala Lumpur.

“Penangguhan kerja-kerja ini dibuat selepas mengambil kira penutupan beberapa jalan utama di sekitar Lembah Klang serta saranan kerajaan agar orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada sokongan KTMB terhadap usaha negara dalam memastikan penganjuran sidang kemuncak ini berjalan lancar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast