PARIS – Perancis mengesan empat kes varian baharu Covid-19 NB.1.8.1 buat kali pertama.
Empat kes varian baharu NB.1.8.1 dikesan buat kali pertama di Perancis, penyiar BFMTV yang memetic sumber daripada Pusat Rujukan Kebangsaan di Lyon.
“Terdapat beberapa negara yang melaporkannya. Kami telah menemui beberapa kes di Perancis – tidak banyak hanya empat telah dikenal pasti, baik di hospital mahupun dalam komuniti,” kata pakar virologi, Bruno Lina.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) juga memberitahu BFMTV setakat April beberapa kes NB.1.8.1 dikesan di seluruh Jerman, Ireland, Belanda, Sepanyol dan Sweden.
Varian NB.1.8.1, kini dominan di China dan merebak di bahagian Asia, telah menyebabkan peningkatan kes Covid-19 dan kemasukan ke hospital di Hong Kong dan Taiwan.
Walaupun ia tidak dipercayai menyebabkan penyakit yang lebih teruk, namun orang ramai dinasihati memakai pelitup muka di tempat yang sesak dan meningkatkan bekalan vaksin dan rawatan.
Kajian awal mencadangkan varian itu lebih mudah ditularkan kerana strainnya lebih kuat pada sel manusia. – Agensi
















