Tag: varian baharu
Perancis kesan empat kes varian baharu Covid-19
PARIS - Perancis mengesan empat kes varian baharu Covid-19 NB.1.8.1 buat kali pertama.
Empat kes varianbaharu NB.1.8.1 dikesan buat kali pertama di Perancis, penyiar BFMTV yang memetic sumber daripada Pusat Rujukan Kebangsaan di Lyon.
"Terdapat beberapa negara yang melaporkannya. Kami telah menemui beberapa kes di Perancis - tidak banyak hanya empat telah dikenal pasti, baik di hospital mahupun dalam komuniti," kata pakar virologi, Bruno Lina.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) juga memberitahu BFMTV setakat April beberapa kes NB.1.8.1 dikesan di seluruh Jerman, Ireland, Belanda, Sepanyol dan Sweden.
Varian NB.1.8.1, kini dominan di China dan merebak di bahagian Asia, telah menyebabkan peningkatan kes Covid-19 dan kemasukan ke hospital di Hong Kong dan Taiwan.
Walaupun ia tidak dipercayai menyebabkan penyakit yang lebih teruk, namun orang ramai dinasihati memakai pelitup muka di tempat yang sesak dan meningkatkan bekalan vaksin dan rawatan.
Kajian awal mencadangkan varian itu lebih mudah ditularkan kerana strainnya lebih kuat pada sel manusia. - Agensi
Covid-19: Indonesia sahkan temui varian JN.1
Ketua Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit, Maxi Rein Rondonuwu berkata, jangkitan varian JN.1 itu masing-masing ditemukan di Jakarta Selatan pada 11 November, Jakarta Timur (23 November) dan Batam (13 Disember).
MGNews: KKM Sedang Berusaha Dapatkan Vaksin Untuk Varian Baharu – Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan pemberian vaksin untuk varian baharu tidak akan dibuat secara besar-besaran.
298 kes baharu varian Covid-19 dalam tempoh 20 hari
Institut Penyelidikan Perubatan telah mengenalpasti 115 kes baharu yang semuanya adalah VOC dan 108 adalah varian Delta dan enam varian Beta, kata Dr. Noor Hisham.
MGNews : Tiada Kes Covid-19 Varian Baharu Dikesan di Malaysia –...
MGNews : Tiada Kes Covid-19 Varian Baharu Dikesan di Malaysia - Khairy
Pesakit Covid-19 Banjiri CAC Stadium Malawati
Orang awam yang disyaki positif Covid-19 hadir bagi melakukan penilaian kesihatan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Stadium Malawati Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 JULAI 2021.
Suasana CAC Stadium Malawati Penuh Dengan Pesakit Covid19 #VarianBaharu
Pesakit covid dibawa menaiki bas untuk dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS bagi diberi rawatan lanjut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Stadium Malawati Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 24 MEI 2021
Petugas Kesihatan Lakukan Ujian Saringan, Putuskan Rantaian #Covid19
Reaksi petugas barisan hadapan memegang tangan seorang kanak-kanak semasa melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap orang awam terutamanya penduduk sekitar Kajang secara percuma ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Cempaka Saujana Impian, Kajang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 MEI 2021.
Sidang Media Dr Noor Hisham Amaran Varian Baharu #COVID19
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 MEI 2021.
Arab Saudi larang kemasukan pelawat 20 negara
Larangan juga berlaku untuk pelancong yang singgah di salah sebuah daripada 20 negara yangdisenaraikan dalam tempoh 14 hari sebelum tiba di Arab Saudi.
















