Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika di sesi Perbahasan Perwakilan dan sesi Penggulungan Pimpinan Parti ketika di Kongres Nasional Keadilan 2024/2025 ketika di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Foto MOHD ADZLAN, 24 MEI 2025.

KUALA LUMPUR – Kemenangan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sahaja merupakan pencapaian peribadi yang luar biasa, sebaliknya ia sebagai isyarat jelas kepada semangat perpaduan dan kebangkitan baharu dalam kepimpinan parti.

Naib Ketua Cabang Bandar Tun Razak, Jonathan Vela berkata, kemenangan itu merupakan satu detik bersejarah dalam pemilihan PKR dan kepimpinan beliau menjadi simbol harapan buat rakyat Malaysia yang menginginkan pembaharuan dan masa depan yang lebih baik.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nurul Izzah Anwar atas kemenangan bergaya beliau sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ini bukan sekadar kemenangan politik ia adalah detik penting yang memperkukuh peranan dan suara komuniti India dalam kepimpinan negara,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri R. Ramanan atas kejayaan dipilih menjadi Naib Presiden PKR dan merupakan satu kemenangan amat bermakna khususnya kepada komuniti India di Malaysia.

Katanya, kejayaan itu adalah bukti bahawa kepimpinan yang berteraskan prinsip, kerja keras dan kesetiaan kepada perjuangan mampu membawa perubahan dalam mengangkat suara komuniti.

Jonathan Vela

“Kemenangan Datuk Seri Ramanan memberi nafas baharu kepada hasrat yang telah lama diperjuangkan dan menetapkan satu penanda aras penting bagi kemajuan yang lebih inklusif dalam landskap masyarakat majmuk Malaysia,” tambah beliau.

Justeru katanya, kemenangan kedua-dua mereka menandakan satu lembaran baharu yang penuh harapan dan mencerminkan mandat rakyat untuk perubahan sebenar, kepimpinan berprinsip serta masa depan yang lebih gemilang. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast