Laporan polis dibuat dibeberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Johor serta Selangor.

GEORGE TOWN – Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar segera mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti PK Battle di TikTok yang dilihat sebagai bom jangka sosial negara.

Presidennya, L. Francis mendakwa aktiviti tersebut bukan sahaja membuang masa malah mendorong kepada perbuatan tidak bermoral seperti buli, peras ugut, eksploitasi seksual serta pencabulan batas etika secara terbuka di media sosial.

Jika tidak disekat segera, fenomena itu boleh menjadi satu ancaman serius kepada moral, emosi dan kesejahteraan masyarakat sekali gus gagal dibendung lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan golongan remaja dan belia.

“Kita telah buat laporan polis di beberapa buah negeri termasuk Pulau Pinang, Selangor dan Johor sebagai langkah mendesak siasatan segera dijalankan oleh pihak berkuasa.

Francis.

“Platform ini kini dijadikan ‘medan pertaruhan’ secara langsung untuk mengutip hadiah melalui tontonan dan kami tidak mahu tunggu sehingga berlaku insiden yang lebih serius seperti penipuan, penderaan atau gangguan seksual,” katanya hari ini.

Tambah Francis, MCMC juga menyekat sebarang bentuk siaran langsung yang menjurus kepada aktiviti PK Battle serta mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat secara aktif dalam kandungan tersebut.

“Kami percaya PDRM dan MCMC mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan segera. Jangan tunggu sehingga anak-anak muda kita rosak akhlak kerana ketagih kepada populariti dan wang mudah melalui trend PK Battle ini.

“Pertubuhan kami sedia bagi kerjasama rakaman kepada pihak polis dan MCMC dalam membantu siasatan ini,” katanya.

MalaysiaGazette pada Sabtu lalu melaporkan kerajaan digesa mengharamkan ciri PK Battle dalam aplikasi TikTok yang berleluasa kini susulan dilihat memberi kesan negatif terhadap akhlak dan gaya hidup generasi muda di negara ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PK Battle rosakkan akhlak generasi muda, perlu diharamkan – NGO

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast