KUALA LUMPUR – Lelaki disyaki penyeludup beras memecut lori yang dipandunya selepas diekori oleh pihak berkuasa di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, Kelantan semalam.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Zulafendy Hassan berkata, sebelum itu lori tersebut dikesan oleh pasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin, Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor yang menjalankan Ops Taring Landai/Kontraban jam 11 pagi.

Jelasnya, pemandu lori terbabit memecut lori sebelum memberhentikannya di bahu jalan di Kampung Mahligai, Bachok.

“Pemandunya seorang lelaki dewasa keluar dari kenderaan dan melarikan diri ke dalam semak berhampiran sebelum dikejar pasukan kami tetapi gagal ditemui.

“Pemeriksaan ke atas lori terbabit menemui 44 kampit beras import seberat 1.1 tan dianggar bernilai RM4,400,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Zulafendy, beras dari Thailand yang dibawa masuk melalui Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat itu dipercayai untuk dijual di ke selatan Kelantan serta Pasir Puteh.

Mengulas lanjut katanya, antara jumlah nilai rampasan berjumlah RM84,400.

Tambahnya, lori yang dipandu lelaki itu dibawa balik ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor untuk diserahkan kepada Jabatan Kawal Selia Padi Dan Beras Negara untuk tindakan lanjut.

Zulafendy berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 20, Akta Padi dan Beras Negara 1994.

Sementara itu katanya, Unit Risikan Marin (URM) MO PPMW3 Pengkalan Kubor berjaya mematahkan cubaan menyeludup 16,650 biji kelapa sodok ke negara Thailand melalui tepi jalan Kampung Pulau Ular, Jalan Kasban, Pengkalan Kubor, Tumpat.

Ujarnya, turut ditahan tiga lelaki bersama lori muatan kelapa bernilai RM99,900.

Katanya, jumlah keseluruhan nilai rampasan mencecah RM249,900.

“Operasi yang dijalankan pada 25 Mei 2025 di tepi jalan Kampung Mahligai, Jalan Kota Bharu Pasir Puteh, Melor, Kota Bharu, Kelantan.

“ini adalah hasil pemantauan rapi dan tindakan pantas pasukan. Walaubagaimanapun suspek berjaya melarikan diri manakala barangan kes telah dirampas untuk siasatan lanjut di bawah ,” katanya.

Kes disiasat di bawah Peraturan 4(2)(b) Rancangan Pemasaran Kelapa 1973 (Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965) kerana menjalankan urus niaga kelapa tanpa lesen yang sah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast