KULAI – Seorang pesara syarikat swasta tidak lena tidur apabila wang pelaburannya berjumlah RM340,000 lesap akibat terpedaya dengan tawaran daripada sindiket pelaburan yang tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Superintenden Tan Seng Lee berkata, lelaki tempatan berusia 59 tahun itu tertarik untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan 20 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Malah, lelaki berkenaan turut teruja apabila wang keuntungan dijanjikan akan masuk ke akaun Aplikasi XC Global, miliknya.
“Kerana percayakan skim tersebut, mangsa telah membuat transaksi pembayaran berjumlah RM340,000 kepada 13 akaun bank tempatan mulai 5 Mac hingga 21 Mei 2025.
“Katanya, hasil semakan akaun aplikasi l XC Global yang dijalakan, mangsa ingin membuat membuat pengeluaran wang daripada akaun miliknya, namun dia didesak pula untuk membuat bayaran tambahan sebanyak RM92,00.
“Kali ini, mangsa tidak membuat pembayaran tersebut dan semakan mendapati akaun XC Global miliknya telah disekat,” katanya.
Mangsa yang menyedari dirinya ditipu tampil membuat laporan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu melalui pelaburan tidak wujud.
Jika sabit kesalahan tambahnya, boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun, sebatan serta denda.- MalaysiaGazette
















