Dr Mahathar Abd Wahab menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Pengarah KKM yang baharu daripada Shamsul Azri Abu Bakar (kiri).

KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuat kuasa esok.

Beliau adalah Ketua Jabatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelantikan Dr. Mahathar diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dr. Mahathar, 56, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti St. Andrews, Scotland; Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri dari Universiti Manchester, Sarjana Perubatan (Perubatan Kecemasan) dari Universiti Sains Malaysia.

Beliau dilantik sebagai Pegawai Perubatan di KKM pada 1 Oktober 1996. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast