Seorang lelaki dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan melakukan samun dengan parang terhadap seorang wanita.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki mengaku salah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan samun dengan menggunakan parang terhadap seorang wanita di Taman Dawani, Senai, Kulai minggu lalu.

Tertuduh, K Murugan, 45, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Bagaimanapun mahkamah menangguhkan jatuh hukum esok untuk barang kes dikemukakan semasa prosiding esok.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki tersebut didakwa menggunakan sebilah parang merompak satu utas rantai emas bersama-sama dua loket  milik seorang wanita, Chen Chu Wen.

Perbuatan tersebut dilakukan di Hentian Bas SK Senai, Jalan Bendahara, Taman Dawani, 81400 Senai, Kulai pukul 8.30 malam, pada 23 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Nurul Syafiqah Sha’ri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast