Freddy Lee

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kehilangan remaja berbangsa Cina bernama Freddy Lee Hing Dee pada pukul 2.13 petang semalam.

Katanya, menerusi aduan, kali terakhir remaja itu dilihat keluar dari rumahnya bernombor  14 Jalan PU 10/3 Taman Puchong Utama, Puchong pada 23 Mac lalu pukul 2.15 pagi.

“Remaja itu memiliki ciri-ciri fizikal iaitu ketinggian 175 sentimeter dengan berat badan 90 kilogram.

“Dia juga berkulit cerah, berambut pendek dan memiliki bibir mulut tebal serta berhidung kembang,” katanya dalam kenyataan.

Wan Azlan menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja terbabit supaya tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Inspektor B. Vanithaa di talian 017-2229832 atau 03-78627222 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast