Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ketika Mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 26 MEI 2025.

KUALA LUMPUR – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang kini berada di Institut Jantung Negara (IJN) berada dalam keadaan sihat dan sejahtera, kata Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei.

Menurut kenyataan JPM Brunei, keberangkatan baginda ke Malaysia adalah bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan sidang-sidang berkaitan.

“Baginda Sultan berasa letih dan atas nasihat pakar kesihatan tuan rumah, baginda dinasihatkan untuk berehat beberapa hari di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berada dalam keadaan sihat sejahtera,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media telah memaklumkan bahawa Sultan Hassanal Bolkiah berada di IJN untuk berehat setelah berasa letih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast