Pempengaruh dikenali ‘Ceo Batu’

GOMBAK – Polis telah pun menyerahkan kertas siasatan berkaitan seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai “CEO Batu” berhubung kes hantaran mesej berbaur lucah terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya sedang menunggu arahan untuk tindakan selanjutnya.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada DPP bagi cadangan tuduh dan kita sedang tunggu arahan selanjutnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, pempengaruh media sosial terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya tamat pada Selasa.

Perkara itu disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast