Mohd Puad Zakarshi

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi meminta Nurul Izzah Anwar supaya tidak hipokrit apabila menyatakan akan meneruskan dasar dan idea Datuk Seri Rafizi Ramli.

“Saya tanya Nurul Izzah apa dia idea Rafizi yang bagus sangat untuk rakyat atau negara? PADU? Turun harga kereta?

“Izzah perlu lebih spesifik apa dia gagasan Rafizi yang telah mengubah wacana negara?,” soal beliau.

Mohd Puad yang juga Speaker Negeri Johor mahu Nurul Izzah memberi satu contoh khususnya dalam tadbir urus dan keadilan ekonomi.

Tambahnya, beliau bersetuju dengan veteran politik Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakan Rafizi meletakkan jawatan menteri ekonomi memang wajar dan dia tidak perlu dipujuk.

“Tidak perlu pujuk macam Rafizi itu bagus sangat. Kurangkan drama politik

“Cakap sahaja bahawa Rafizi tidak diperlukan sebab itu kamu lawan dia,” katanya kepada Nurul Izzah.

Pada masa sama, Mohd Puad meminta Nurul Izzah supaya memberitahu Presiden Parti Keadilan Rakyat agar ganti segera Rafizi dan Nik Nazmi.

“Ganti dengan yang lebih bagus. Move forward and move fast,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast