Wan Muhammad Muzaffar Wan Mazlan disahkan meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 167.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dalam kejadian 8.15 pagi tadi

KUANTAN – Seorang pembantu kedai makan maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer (KM) 167.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Barat dekat Maran, hari ini.

Ketua Polis Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, mangsa Wan Muhammad Muzaffar Wan Mazlan,18, beralamat terakhir di Kampung Banggol Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu disahkan meninggal di lokasi nahas akibat kecederaan parah.

Ujarnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa lelaki berkenaan dalam perjalanan dari rumahnya di Kuala Terengganu menghala ke Kuala Lumpur.

”Polis menerima laporan berhubung insiden kemalangan maut melibatkan seorang mangsa lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai terbabas sendiri pada jam 8.15 pagi.

”Apabila perjalanan sampai di tempat kejadian mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan sebelah kanan dan terjatuh atas jalan.

”Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Maran di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian mangsa ketika menunggang seorang diri sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

Kes masih dalam siasatan lanjut dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast