KUALA LUMPUR – Sultan Brunei berada dalam keadaan baik dan proses pemulihan berjalan lancar selepas keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) tempoh hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu dalam hantaran media sosialnya.
“Petang tadi saya dan Azizah berkesempatan menziarahi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien sebelum baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan,” katanya.
Anwar juga berharap baginda dikurniakan keafiatan dan kekal qarar memerintah Brunei Darussalam.
Sebelum itu, Sultan Brunei dimasukkan ke IJN kerana direhatkan semasa menghadiri mesyuarat ASEAN di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette
















