Facebook Penang FC.

KUALA LUMPUR – Penang FC mengumumkan kehadiran bekas pemain Johor Darul Taa’zim (JDT), Chia Ruo Han bagi memperkuatkan kelab itu pada saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.

Kelab itu berkata, Rou Han kini bersedia membuka lembaran baharu apabila memiliki pengalaman, ketenangan dan kualiti dalam permainannya.

“Berusia 24 tahun, bakat Rou Han mula dikesan menerusi sebuah program realiti TV pada tahun 2017 sebelum menyertai Akademi JDT pada 2018.

“Beliau menerima pendedahan awal dalam saingan Piala Belia dan Piala Presiden, serta mewakili JDT II dalam Liga Perdana dan kemudiannya muncul sebagai antara tonggak utama skuad JDT U-23 dalam saingan Piala MFL,” kata kelab itu di Facebook miliknya, di sini, hari ini.

Penang FC berkata, pernah menyarung jersi skuad kebangsaan U-23 pada tahun 2021, Rou Han turut mencatat pencapaian membanggakan apabila disenaraikan dalam skuad utama JDT bagi kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2021.

Ketika itu, dia baru berusia 20 tahun dan masuk sebagai pengganti Gonzalo Cabrera.

“Antara pencapaiannya termasuk medal kejuaraan Liga Perdana 2022 serta kejuaraan Piala MFL 2024-25 bersama JDT.

“Prestasi cemerlang Chia menjadi bualan pemerhati sukan terutamanya selepas aksi memukau yang dipamerkan dalam perlawanan terakhir Piala MFL baru-baru ini,” katanya.

Rou Han yang berasal dari Kulim, Kedah menyertai Akademi JDT pada tahun 2018 ketika berusia 17 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast