Suspek (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth bagi mendapatkan perintah reman pada Selasa lalu. - Gambar File

BUTTERWORTH – Seorang anggota sukarelawan Askar Wataniah berdepan dua pertuduhan termasuk memperdaya bekas teman wanitanya konon dirinya diculik di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Lelaki berusia 27 tahun yang juga bekerja sebagai penghantar barang itu berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru tanpa lesen atau permit yang sah.

Bagi kesalahan itu, lelaki yang berstatus duda itu berdepan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-dua sekali.

ARTIKEL BERKAITAN

Anggota Askar Wataniah direman reka diculik, simpan peluru

MalaysiaGazette pada Selasa lalu melaporkan suspek bersama rakannya berusia 29 tahun direman selama empat hari susulan bertindak menghasilkan video kononya dia diculik sebelum ahli keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangan lelaki terbabit.

 dengan bantuan rakannya semata-mata untuk meraih simpati bekas teman wanitanya.

Dalam rakaman video yang dihantar kepada kekasihnya pada 29 Mei lalu, memaparkan suspek kelihatan diikat tangan dan kaki, dengan mesej ugutan yang menyatakan dia ditahan oleh pihak tertentu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast