Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemaah selepas hadir menunaikan solat Jumaat di Surau Al Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, Selangor. Foto SADIQ SANI, 06 JUN 2025
KAJANG – Perdana Menteri akan menghubungi Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawarta dalam masa terdekat susulan konflik yang melanda negara itu.
Sebagai Pengerusi ASEAN,  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konflik itu melibatkan pertikaian wilayah di Ubon Ratchathani.
“Saya akan telefon Perdana Menteri Thailand jam 2.15 petang,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan tentera Thailand dan Kemboja bertempur di wilayah Ubon Ratchathani, Thailand dan wilayah Preah Vihear, Kemboja.
Pertempuran singkat itu mengakibatkan seorang tentera terbunuh.
Susulan kematian itu, Kemboja mengumumkan untuk membawa pertikaian sempadan itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (CIJ).
Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Thailand komited mempertahankan kedaulatan negara itu.
Malah Thailand mahu menyelesaikan pertikaian itu mengikut undang-undang dan perjanjian sedia ada dengan Kemboja termasuk Memorandum Persefahaman (MoU) 43. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast