Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bercakap kepasa wartawan selepas selesai menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 22 MEI 2025.

PUTRAJAYA – Empat negara termasuk Malaysia, Turkiye, Iran dan Pakistan sebulat suara untuk meneruskan rundingan dan mencari jalan bagi menghentikan serangan ketenteraan terhadap rakyat Palestin melalui helah diplomatik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dinyatakan ketiga-tiga pemimpin negara tersebut menerusi panggilan telefon yang diterimanya sempena Aidiladha, semalam.

“Kebanyakan perbincangan saya dengan ketua-ketua negara yang menelefon sempena Aidiladha sama ada Presiden Erdogan Turkiye, Presiden Iran mahupun Perdana Menteri Pakistan.

“Semua kita melahirkan sikap yang agak jelas mengenai Gaza, menghentikan keganasan dan menolak segala usaha menghalang bantuan kemanusiaan dan mengutuk sekeras-kerasnya sikap ganas dan genosid.

“Kita telah bersepakat untuk terus runding, cari jalan lain untuk menyelesaikan masalah ini dengan seberapa segera yang mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan Solat Aidiladha di Masjid Putra, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai tindakan Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto ke atas Palestin, Perdana Menteri berkata, negara anggota ASEAN dan Negara Telok sudah menyatakan pandangan tersebut mengutuk serangan ketenteraan itu.

“Ini bukan upaya satu negara, kita lakukan dengan negara-negara Teluk baru-baru ini, ada kesepakatan.

“ASEAN-Negara Teluk dan kita dapatkan beberapa negara lain supaya berikan penjelasan dan tekanan yang keras satu dunia supaya menghentikan (serangan),” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri mengecam tindakan Amerika yang terus menghantar dan menjual senjata kepada Israel.

“Itu hanya satu tindakan yang bertentangan dengan prinsip dan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

“Kita sekadar mengutuk keras dan mencari jalan bantu dan cari helah dari segi diplomatik bagaimana boleh bantu perjuangan rakyat Palestin yang hak-hak yang sahih termasuk di Gaza,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast