Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz menyampailam ucapanya pada Himpunan Undur Azam Baki anjuran Liga Mahasiswa Malaysia di Datran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 24 MEI 2025.

KUALA LUMPUR – “Jangan halang hak rakyat dengan sewenang-wenangnya tanpa beri sebarang penjelasan.

“Ingatkan bila Pakatan Harapan (PH) jadi kerajaan, nasib aktivis terbela, tapi sekarang mereka pula yang menindas aktivis,” kata Pemangku Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian susulan perkembangan terbaharu apabila aktivitis dan pelukis grafik kontroversi, Fahmi Reza mendakwa dirinya dihalang ke luar negara.

Sehubungan itu, Amira menggesa kerajaan memberi penjelasan mengenai halangan tersebut.

“Solidariti bersama Fahmi Reza. Kebebasan rakyat Malaysia untuk bergerak keluar masuk Malaysia termaktub dalam Perkara 9(2) Perlembagaan Malaysia,” tambahnya.

Terdahulu, Fahmi menerusi perkongsian di Facebook berkata seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memaklumkan mengenai sekatan ke Singapura, hari ini.

Fahmi turut mendakwa pegawai berkenaan memberitahu bahawa sekatan tersebut dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Saya ingin pergi ke Singapura bagi menyaksikan persembahan secara langsung kumpulan kegemarannya iaitu Slant dari Korea dan Sial dari Singapura dan merancang untuk dua hari satu malam di sana.

“Apabila sampai di KLIA untuk penerbangan pukul 9.35 pagi, seperti biasa, saya kena tahan di kaunter imigresen pelepasan antarabangsa dan diminta duduk di pejabat imigresen sementara pegawai check dengan TCO (Pejabat Kawalan Perjalanan,” katanya.

Sebagai rekod, minggu lalu aktivitis itu dilaporkan dilarang masuk ke Sabah selepas diberikan notis penolakan masuk dan mendakwa arahan itu datang daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast