PELABUHAN KLANG – Keluarga dua mangsa kejadian bot terbalik yang ditemukan pagi ini tidak dapat menahan sedih ketika melihat  mayat pasangan suami isteri tersebut dibawa naik ke kenderaan polis, sebentar tadi.

Dalam kesedihan mereka sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa yang bertugas mencari mangsa yang hilang sejak Jumaat lalu itu.

“Terima kasih semua,” kata seorang lelaki dipercayai salah seorang ahli keluarga kedua-dua mangsa.

Terdahulu, Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disambung pagi tadi menemui dua mangsa berkenaan pada jam 7.45 pagi.

Kedua-duanya kemudian dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di Tanjung Harapan sebelum dibawa polis ke Unit Forensik, Shah Alam untuk bedah siasat.

Penemuan terkini itu mengesahkan jumlah mangsa terkini adalah seramai lima terkorban. 

Manakala seorang lagi selamat.

Sementara itu, MalaysiaGazette difahamkan operasi SAR ditamatkan pada jam 9.50 pagi susulan penemuan kedua-dua mangsa berkenaan. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast