Seorang lelaki warga Singapura ditahan susulan kes pertengkaran dan perbuatan khianat terhadap sebuah kereta dalam kejadian di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah Johor Bharu Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata, suspek berusia 40 tahun itu telah ditahan sekitar jam 6.30 petang semalam susulan laporan yang diterima.














