KUANTAN – Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang sejak seminggu lepas ditemukan maut di kawasan Taman Sri Embun, Jerantut dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad berkata, mayat Sabri Ismail, 36 ditemukan berdekatan kebun sawit kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir dia dilihat kira-kira pukul 10.20 pagi.
“Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), pada 10.00 pagi esok bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang oleh kakaknya, Zubaidah Ismail, 38, selepas mendapati adik lelakinya itu tidak pulang ke rumah dan gagal dikesan sejak beberapa hari lalu.
Mangsa juga dikatakan tidak membawa beg pinggangnya dan motosikal juga masih berada di rumah, lalu kakaknya itu kemudian membuat laporan polis pada 7 Jun selepas usaha mencari sendiri tidak berhasil. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:















