KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang akan memantau lebih teliti perkembangan Projek Rumah Makmur Kampung Tiram di sini susulan terdapat dakwaan ia terbengkalai sejak tahun lepas.
Beliau turut memberi jaminan akan membawa perkara itu kepada pengetahuan kerajaan negeri agar tindakan selanjutnya dapat diambil.
“Saya tidak sedar bahawa projek tersebut telah terbengkalai seperti yang dinyatakan. Setahu saya, projek tersebut masih berjalan dan tertangguh disebabkan pandemik Covid-19 beberapa tahun lepas yang menyebabkan pemaju terjejas,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi hari ini.
Menurut Chun Kuang, projek itu difahamkan sepatutnya siap pada bulan Oktober 2024 dan kini melalui proses untuk siap sepenuhnya.
Terdahulu, media melaporkan pembeli unit Projek Rumah Makmur Kampung Tiram di sini kecewa setelah mendapati rumah yang dijanjikan siap tiga tahun lepas kini dalam keadaan terbengkalai dan terbiar. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Pembeli kecewa Projek Rumah Makmur Kampung Tiram terbengkalai
















