KUANTAN -Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan taktikal melibatkan pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter bermula pada hari ini hingga 16 Jun depan.
Penerbangan taktikal itu dilakukan bersempena Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-67 yang akan diadakan di Pangkalan Udara Kuantan pada tarikh yang sama.
”Sepanjang tempoh tersebut, pesawat-pesawat TUDM yang terlibat akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu khususnya di sekitar ruang udara Kuantan.
“Sehubungan itu, TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat terbang rendah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
TUDM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan ruang udara negara. – MalaysiaGazette
















