Wednesday, September 9, 2026
Home Nasional Nahas UPSI: MOTAC keluarkan notis, surat tunjuk sebab terhadap entiti berkaitan

Nahas UPSI: MOTAC keluarkan notis, surat tunjuk sebab terhadap entiti berkaitan

Barangan peribadi milik mangsa bertaburan ketika kerja pembersihan dan pengalihan bas yang terlibat dalam nahas jalan raya mengorbankan 15 pelajar UPSI di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi di Gerik, Perak. Foto ANIR NABILAFIQ ANUAR, 09 JUN 2025.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengeluarkan notis pemeriksaan dan surat tunjuk sebab kepada beberapa entiti perniagaan yang berkaitan dengan kemalangan bas persiaran membabitkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Isnin lalu.

Katanya, tindakan itu diambil selepas MOTAC menjalankan siasatan di bawah Akta Industri Pelancongan 1982, susulan laporan nahas tersebut.

“MOTAC juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi menyelesaikan siasatan mengikut peruntukan undang-undang agar hukuman setimpal dikenakan dan keluarga mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

“Tindakan lanjut akan diambil setelah siasatan selesai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, wakil MOTAC turut menziarahi mangsa serta keluarga yang terlibat dalam insiden yang meragut 15 nyawa itu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast