Gambar hiasan.

TANGKAK – Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak berjaya memberkas seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki suspek utama kes bunuh di Jalan Kemajuan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Batu Berendam, Melaka, pukul 1 pagi tadi.

“Suspek telah berjaya ditahan selepas 48 jam dan akan di buat permohonan tahanan reman pada awal pagi ini bagi melengkapkan siasatan.

“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan mengalami sedikit kesukaran atas faktor komunikasi bahasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, sebelum ini media menyiarkan hebahan berkaitan usaha mengesan seorang lelaki Myanmar bernama Cho Min Tun yang disyaki suspek utama kes bunuh di sebuah rumah sewa, Jalan Kemajuan, pukul 7 petang kelmarin.

Tambah Roslan, kes di siasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pihaknya merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang membantu dalam penyaluran maklumat sehingga tertangkapnya suspek.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast