Screenshot

KUALA LUMPUR – Remaja perempuan, Nurul Amira Adriana Muhammad Zaharie berusia 17 tahun dilaporkan hilang.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar, pihaknya menerima laporan mengenai kes tersebut semalam pada jam  lebih kurang 4.16 petang.

Jelasnya, berdasarkan laporan remaja tersebut dilihat kali terakhir berada di Kawasan Jalan PJS 5/2 Taman Desaria Petaling Jaya pada 29 Mei jam 11 malam.

“Remaja Melayu, berketinggian 160 cm, putih, kurus dan rambut lurus,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, beliau meminta oramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD PJ di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

“Boleh juga terus hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Irfan Emir di talian 016-5379507,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast