Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu gagal memotong di  Jalan Kulai-Kota Tinggi, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang remaja lelaki maut selepas kereta dipandu gagal memotong sebuah kereta di Kilometer 12.5 Jalan Kulai-Kota Tinggi di sini hari ini.

Kejadian pasa pukul 9.30 pagi itu mengorbankan S ragupathi yang berusia 18 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan tersebut melibatkan kereta jenis Proton Iriz dipandu mangsa dengan kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa Proton Iriz dari arah Kulai menuju ke arah Kota Tinggi manakala Proton Saga itu dipandu dari arah yang sama.

“Setibanya di tempat kejadian dipercayai Proton Iriz memotong Proton Saga itu lalu hilang kawalan serta berguling dan melanggar Proton Saga,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, punca kemalangan disebabkan Proton Iriz hilang kawalan dan mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi tujuan siasatan manakala pemandu Proton Saga tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 jika disabit kesalahan, ujarnya.

“Pesalah juga boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun. Justeru, orang ramai perlu sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan memandu dengan berhati-hati demi keselamatan bersama,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.