Gambar hiasan rumah subsidi minimalis

JAKARTA – Kementerian Perumahan dan Kawasan Permukiman (PKP) Indonesia merancang untuk menyediakan rumah subsidi minimanlis kepada golongan muda khususnya Gen Z supaya mereka dapat tinggal lebih dekat dengan tempat kerja yang terletak di kota.

“Kenapa kita bina rumah yang lebih kecil? Ini kerana kita mahu memenuhi kehendak golongan muda atau yang digelar Gen Z. Mereka mahu rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja,” kata Ketua Pengarah Perumahan Perkotaan Kementerian PKP, Sri Hayati, di sini hari ini.

Tambahnya, kementerian melihat rumah kecil dan minimalis lebih sesuai kerana harganya lebih berpatutan meskipun harga tanah di sekitar kotaraya agak mahal berbanding kawasan lain.

Menurut beliau, setakat ini, rumah-rumah subsidi berkenaan mempunyai ukuran yang ditetapkan iaitu sekitar 27 meter persegi sehingga 36 meter persegi.

“Buat masa ini kementerian sedang merencana untuk menambah ciri-ciri baharu rumah berkenaan. Namun ia masih belum dimuktamadkan kerana kami mahu mendengar pandangan dari seluruh pemegang taruh,” ujarnya lagi.

Katanya, rumah subsidi minimalis itu hanya akan dibina di kawasan bandar manakala di daerah-daerah atau kawasan lain ia masih sama seperti sebelum ini. -AGENSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast