KUALA LUMPUR – Artis popular 1980-an, Raja Ema dengan ikhlas hati memaafkan bekas suaminya, Allahyarham Sheqal yang meninggal dunia hari ini.
“Saya dan anak-anak dengan seikhlas hati menghalalkan dan memaafkan semuanya.
“Moga arwah ditempatkan bersama orang beriman dan para solihin. Amin Ya Rabb,” tulisnya.
Sebelum ini, media melaporkan isteri Sheqal, Normah Mohd Yusoff mengharapkan kedua-dua anak suaminya bersama Raja Ema agar melawat ayah mereka semasa hayatnya masih ada.
Namun Raja Ema atau nama sebenarnya, Raja Ema Raja Ibrahim, 56, meminta agar merujuk sesuatu perkara dengan ibu saudaranya yang juga pelakon Sukarni Jaafar.
“Kekma ni walau dah usia macam ni masih ada family lagi… Masih ada Bonda Hajjah Sukarni… Walau apa-apa tak boleh suka-suka… Biar beradab, lebih lagi hal family.. Jangan lupa adab…,” tulisnya.
Pemergiannya disahkan isteri, Normah, 58.
Sheqal dimasukan ke HTJ pada 4 Jun lalu dan ditidurkan dua hari kemudian.
Terdahulu, Raja Ema dan Sheqal berkahwin pada 1993 dan dikurniakan Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah.
Pasangan itu bercerai pada 1999. – MalaysiaGazette
















