Gambar : IPD Rompin

KUANTAN – Wanita yang cedera parah dalam kemalangan di Simpang Empat Melati, Rompin tengah hari semalam dilaporkan meninggal dunia pada pukul 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, Norafikaharanap Syafaruddin, 33 menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah.

“Sebelum itu, tunangnya, Muhamad Nasri Sulaiman, 32 maut dalam nahas membabitkan kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori treler di lokasi kejadiaan semalam.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah berpunca akibat ‘severe traumatic brain injury’ atau kecederaan teruk di bahagian otak akibat trauma,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, beliau melaporkan kemalangan terbabit berlaku apabila lori treler yang tidak bermuatan dari arah Bahau menghala ke arah Muadzam Shah itu tidak sempat mengelak ketika kereta dinaiki kedua-dua mangsa keluar simpang secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, Sharif memberitahu, kes tersebut masih disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Pekerja ladang maut, tunang cedera parah nahas dengan treler

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast