KUALA LUMPUR – Isteri kepada pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, selepas hanya empat bulan mendirikan rumah tangga.
Menurut laporan media, plaintif, Siti Khalizah Alihan tiba tiba ke dewan bicara jam 9.40 pagi tadi dan beliau diwakili peguam syarie, Wan Muhammad.
Prosiding tuntutan dan permohonan perceraian dijadualkan berlangsung di hadapan hakim syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.
Terdahulu, Fikry dan Siti Khalizah mendirikan rumah tangga di Jitra, Kedah pada 12 Februari lalu.
Majlis pernikahan berlangsung secara tertutup, namun ia tersebar apabila jurusolek berkongsi beberapa foto memperlihatkan Fikry bersama Siti Khalizah.
Fikry pernah berkongsi, dia tidak berniat merahsiakan perkahwinan kerana enggan menghebahkan perkara belum pasti. -MalaysiaGazette
















