Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin atas kehilangan ibu mentua dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Sungai Rapat Tambahan, Ipoh, Perak malam tadi.

“Saya mendoakan saudara Hamzah terus kuat dengan ujian dahsyat ini, dan saya turut bersedih dan mendoakan yang terbaik buat beliau sekeluarga.

“Semoga ruh allahyarhamah diampunkan segala dosanya dan diberi tempat yang istimewa olehNya, Insya-Allah,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam tadi, kediaman dua tingkat milik keluarga mentua Hamzah terbakar menyebabkan ibu mentuanya, Salmiah Nyakk Matt, 84, meninggal dunia di tempat kejadian.

Tragedi itu turut menyebabkan bapa mentuanya, Datuk Abdul Ghani Ngah, 83, mengalami kesukaran bernafas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan awal mendapati terdapat enam individu kesemuanya dari keluarga yang sama, berada di dalam rumah itu ketika kejadian.

Menurutnya, empat ahli keluarga lain yang berumur antara 18 hingga 49 tahun berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Abang Zainal Abidin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan punca kebakaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast