Bayi ini telah diserahkan oleh ibunya kepada seorang wanita tanpa sebarang dokuman.

KUANTAN – Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuantan sedang mengesan ibu kandung seorang bayi lelaki di sini yang gagal dikesan sejak tahun lepas.

Menerusi kenyataan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini memaklumkan kanak-kanak itu telah diserahkan oleh ibu kandung kepada seorang wanita yang merupakan kenalan kepada beliau pada 23 Mac 2024.

“Penyerahan dibuat tanpa sebarang dokumen kanak-kanak dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan ibu kandung namun gagal.

“Bayi itu telah ditempatkan sementara dalam jagaan wanita berkenaan melalui Perintah Mahkamah sebagaimana yang terkandung dalam seksyen 19(2)(b) sebagai orang yang layak dan sesuai,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya perintah berkenaan berkuat kuasa pada  28 Mei 2025 hingga 23 Julai 2025 bagi membolehkan Pelindung menjalankan siasatan lanjut.

Sehubungan itu, JKM memohon kerjasama ibu kandung atau waris kanak-kanak ini hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan.

Waris juga boleh menghubungi Pelindung kes ini Mohd Syuffian Razak di talian 09-5724225 atau emel [email protected] bagi tujuan penempatan dan kebajikan kanak-kanak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast