Fazura

KUALA LUMPUR – Pelakon, Nur Fazura mengakui dia belum terfikir untuk mencari teman pengganti kerana sedang melalui fasa hidup lebih gembira ketika ini.

Malah Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 42, belum sedia dengan jodoh baharu kerana menganggap perpisahan dengan bekas suami iaitu aktor Fattah Amin seperti baharu berlaku.

“Rasanya macam baru sangat saya bercerai. Sejujurnya saya gembira sekarang dan rasa tenang.

“Apabila orang bercakap nak cari pengganti, bagi saya tidak pernah terlintas langsung. Ia terlalu cepat dan masih baru. Ada peminat yang mendoakan, saya ucap terima kasih,” katanya ketika ditemui ketika majlis pelancaran lagu dan muzik video berjudul Luar Biasa semalam.

Ibu tunggal seorang anak itu juga sempat berseloroh memberitahu tiada lelaki yang cuba mendekatinya selepas bercerai.

Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober tahun lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima  tahun.

Sementara itu, bercakap tentang lagu baharunya, Fazura sekali lagi tampil dengan sebuah karya yang memberi inspirasi serta semangat untuk golongan wanita kembali bangkit.

Dia turut akui lagu berkenaan cukup dekat dengan kisah yang pernah di mana teruja dapat bekerjasama dengan komposer Ade Govinda dari Indonesia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast