KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersama bagi penggal baharu kepimpinan parti itu.
Pelantikan itu diumumkan oleh Fahmi Fadzil selaku Ketua Penerangan selepas berakhir mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang turut membuat lantikan bagi lima jawatan hari ini.
“Mesyuarat turut merakam setinggi-tinggi penghargaan di atas pengorbanan, sumbangan serta khidmat bakti mantan timbalan presiden dan pimpinan lainnya serta berharap agar mereka akan masih memberi sumbangan kepada parti dan perjuangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Turut diumumkan Fuziah Salleh dan William Leong masing-masing kekal sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari Agung dan pelantikan Datuk Mustapha Sakmud sebagai Ketua PKR Sabah.
Mesyuarat hari ini turut membincangkan tahap persiapan jentera PKR bagi menghadapi PRN Sabah dan isu-isu semasa namun tiada butiran lanjut diberikan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
















