KUALA LUMPUR – Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dekat sini hari ini mengesahkan menerima satu laporan berhubung rakaman video tular memaparkan kes buli di kawasan tandas sekolah.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, ia melibatkan kejadian buli melibatkan pelajar perempuan di daerah itu.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun setahun atau denda sehingga RM2, 000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Vijaya, pihaknya memandang serius apa yang berlaku dan tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamtan an kententeraman awam sentiasa terperlihara.
Selain tidak mahu orang ramai menyebarkan video berkenaan dan membuat sebarang spekulasi.
Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspeltor Izroy Kamarulzaman di talian 014-818 3519 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette
















