Lelaki berbaju gelap yang cuba merampas kunci pada motosikal di Bandar Endau disahkan anggota polis yang bertugas.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan seorang individu berbaju hitam yang cuba merampas kunci motosikal dinaiki dua lelaki dipercayai pelajar di lampu isyarat berhampiran Sekolah Kebangsaan Bandar Endau, Jumaat lepas, adalah anggota polis yang sedang bertugas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing DSP Mohd Hasrudi Mohd Zain berkata, anggota polis berkenaan cuba membuat pemeriksaan ke atas motosikal yang dinaiki kerana kenderaan tersebut tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Selain itu, ekzos motosikal telah diubah suai dan bunyi ekzos yang bising.

Menurut beliau, tindakan anggota itu tertakluk kepada Seksyen 58 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu pada bila-bila masa yang munasabag, memberhentikan dan memeriksa kenderaan bermotor dan Seksyen 24(1)(b) Akta Polis 1967.

Di bawah akta polis itu, mana-mana pegawai polis boleh memberhenti dan memeriksa mana-mana kenderaan yang disyaki atas alas an munasabah sedang digunakan atau melakukan apa-apa kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Mohd Hasrudi turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast